Tuesday, October 13, 2009

HEDONISME !!!



Masyarakat hari ini khasnya golongan remaja terlalu mengagung-agungkan budaya Barat berbanding budaya ketimuran kita sendiri. Mereka beranggapan budaya Barat tersebut mempunyai kepentingannya yang tersendiri bagi diri mereka sehingga sanggup mengenepikan norma-norma dan etika dalam masyarakat Melayu. Jika dilihat secara kasarnya, golongan remaja ini semakin mementingkan hiburan dan kepuasan diri sehingga sanggup membelakangkan tanggungjawab utama dalam kehidupan. Fenomena yang dikenali sebagai hedonisme ini dilihat semakin kritikal dari sehari ke sehari, memerlukan pendekatan yang menyeluruh dari semua pihak agar gejala ini tidak terus merebak dan menjadi barah dalam diri remaja.

Hedonisme berasal daripada istilah Greek ‘Hedone’ iaitu pleasure (keseronokan atau kelazatan) atau happiness (kegembiraan) ialah kebaikan . Ia merupakan satu budaya yang lahir daripada asas sekularisme yang menolak domanisasi fahaman agama dalam kehidupan manusia dan ia juga merupakan neokolisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat seperti melepak, mengunjungi pesta hiburan, seks bebas dan sebagainya.

Bagi kefahaman yang lebih jelas, hedonism disifatkan sebagai satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila serta mementingkan kepuasan nafsu semata-mata . Drs . Sudarno di dalam bukunya menyifatkan hedonisme sebagai satu doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang ialah mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan . Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah yang mendatangkan kelazatan atau rasa nikmat .

Dari sudut perspektif Islam, Al-Quran mengaitkan hedonisme dengan kehidupan mementingkan keduniaan dan hawa nafsu sehingga lupa kepada perintah Allah . Mereka lazimnya bercirikan keras hati, sombong, melakukan maksiat, zalim dan kuat berangan . Oleh sebab itulah, Islam menolak keras hedonisme kerana sudah terbukti ia amat bertentangan dengan prinsip-prinsip syariah Islam. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan kami, dan merasa puas dengan kehidupan itu dan melalaikan ayat kami. Mereka itu tempatnya ialah neraka. Disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan” .


Monday, October 12, 2009

HUKUM MEMBACA BISMILLAH ( SEMBELIHAN)



1. JUMHUR ULAMA’:- Wajib, tidak halal dimakan tanpa Basmalah berdasarkan Surah al-An’aam ayat 121:-
(.. قال الله تعالى : (ولا تأكلوا مما لم يذكر اسم الله عليه وانه لفسقۗ

Terjemahan: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya”.


2. IMAM SYAFI’E :- Sunat, makhruh jika tidak baca Basmalah. Ini berdasarkan ayat:-

( ..قال الله تعالى : ( الا ذكيتم )

Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT mengharuskan sembelihan tanpa mensyaratkan “bismillah”

Pendapat kedua lebih tepat kerana walaupun terdapat suruhan daripada Rasulullah s.a.w untuk mengucapkan Basmalah sebelum penyembelihan namun, suruhan tersebut sebenarnya bersifat arahan untuk mendidik umat Islam agar keluar dari kepompong ajaran Jahiliyah.


KESAN SEMBELIHAN IBU TERHADAP JANIN

Janin binatang sembelihan mempunyai empat keadaan:-
1. Janin yang dilahirkan dalam keadaan mati sebelum ibunya di sembelih -
(Ijmak ulama’ berpendapat tidak harus dimakan)

2. Janin yang dilahirkan dalam keadaan hidup sebelum ibunya disembelih -
(Janin tersebut tidak harus dimakan kecuali ia sendiri disembelih dalam keadaan hidupnya yang pasti)

3. Janin yang dilahirkan dalam keadaan hidup setelah ibunya disembelih –
(Jika janin itu sempat disembelih maka harus dimakan, jika tidak sempat disembelih maka ia menjadi bangkai. Akan tetapi, ada pendapat mengatakan sembelihan ibunya menjadi sembelihan untuk anaknya juga)

4. Janin yang dilahirkan dalam keadaan mati setelah ibunya disembelih-
Berlaku sedikit perselisihan dikalangan para fuqaha’:-

• ABU HANIFAH - Janin itu tidak halal dimakan dengan sembelihan ibunya, kerana Allah mengharamkan bangkai dan janin adalah bangkai kerana tidak hidup. Ini kerana antara janin dan ibunya adalah hidup yang berasingan maka tidak dikira sembelih ibu jika sembelih janin.

• MALIKI – Harus makan jika janin sempurna kejadiannya dan telah tumbuh bulu.

• JUMHUR FUQAHA’ – Janin halal dimakan jika ia keluar dalam keadaan mati setelah ibunya disembelih ataupun mati dalam perut ibunya ataupun apabila keluar masih ada gerakan seperti pergerakan binatang yang telah disembelih. Ia berdasarkan hadith:

ذكاة الجنين ذكاة امه

Terjemahan: “Sembelihan janin ialah sembelihan yang telah dilakukan ke atas ibunya”.

 Terdapat satu lagi hadith iaitu:- Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abu Said al-Kaudri r.a katanya:
Kami bertanyakan Rasulullah s.a.w tentang janin, jawab Baginda: “Makanlah ia jika kamu mahu, sesungguhnya sembelihannya cukup dengan sembelihan ibunya”.

 Pendapat Jumhur lebih tepat kerana disabitkan melalui Sunnah dan Qias juga menunjukkan sembelihan janin adalah pada sembelihan ibunya kerana ia adalah sebahagian daripada ibunya.

Sunday, September 27, 2009

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFitRi.. >(^^,)<


Jika langkah membekas lara,
jika kata merangkai dusta,
jika tingkah menoreh luka,
jika suara menikam rasa,
ampun dan maaf dipinta..

Di kesempatan ini saya n seisi keluarga ingin mengucapkan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


Wednesday, September 23, 2009

pOcO - pOcO


Hari ini isu tarian poco-poco menjadi bualan besar. Tarian poco-poco ini berasal dari Filiphina yang ditarikan di gereja-gereja pasa setiap hari Ahad. Jika di Malaysia tarian ini selalunya di jadikan modul riadah. Tanpa kita sedari tarian ini sebenarnya jarum halus yang di suntik oleh Kristian kepada umat Islam.

Cuba lihat gerakannya yang dimulakan dengan kiri dan kemudiannya ke kanan dan ke depan dan ke beLakang dengan 2 langkah setiap gerakan yang membentuk huruf T atau salib.
Mengapa terbentuk sedemikian ?

Bukankah ini metode halus kita mengikut gerak langkah mereka. Tapi pernyataan yang saya keluarkan mungkin ada yang kurang setuju. Kerana mengatakan tArian poco-poco hanya untuk gerakan senaman...apa2 pun cuba kita sama2 kaji dan renung2kan !!!

kOMEn aNda ???


Wednesday, September 9, 2009

4 PeRkARa Yg SiHaT.....


4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN

> 1. Tidak banyak berbual kosong
> 2. Rajin bersugi (gosok gigi)
> 3. Bercakap dengan orang soleh
> 4. Bergaul dengan para ulama


4 PERKARA MENAJAMKAN MATA

>> 1. Duduk mengadap kiblat
> 2. Bercelak sebelum tidur
> 3. Memandang yang hijau
> 4. Berpakaian bersih

4 PERKARA MEROSAKKAN MATA
> 1. Memandang najis
> 2. Melihat orang dibunuh
> 3. Melihat kemaluan
> 4. Membelakangi kiblat

4 CARA TIDUR

1. Tidur Para Nabi - Terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah- Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur Para Raja Yang Haloba- Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan
4. Tidur Syaitan- Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka

Andaikan Ini Ramadhan Yang Terakhir

Wahai Dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai Qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai Aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi...
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
Selamat Menyambut Ramadhan ..............

Hijab : Reveal The True Beauty