Monday, October 12, 2009

HUKUM MEMBACA BISMILLAH ( SEMBELIHAN)



1. JUMHUR ULAMA’:- Wajib, tidak halal dimakan tanpa Basmalah berdasarkan Surah al-An’aam ayat 121:-
(.. قال الله تعالى : (ولا تأكلوا مما لم يذكر اسم الله عليه وانه لفسقۗ

Terjemahan: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya”.


2. IMAM SYAFI’E :- Sunat, makhruh jika tidak baca Basmalah. Ini berdasarkan ayat:-

( ..قال الله تعالى : ( الا ذكيتم )

Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT mengharuskan sembelihan tanpa mensyaratkan “bismillah”

Pendapat kedua lebih tepat kerana walaupun terdapat suruhan daripada Rasulullah s.a.w untuk mengucapkan Basmalah sebelum penyembelihan namun, suruhan tersebut sebenarnya bersifat arahan untuk mendidik umat Islam agar keluar dari kepompong ajaran Jahiliyah.


KESAN SEMBELIHAN IBU TERHADAP JANIN

Janin binatang sembelihan mempunyai empat keadaan:-
1. Janin yang dilahirkan dalam keadaan mati sebelum ibunya di sembelih -
(Ijmak ulama’ berpendapat tidak harus dimakan)

2. Janin yang dilahirkan dalam keadaan hidup sebelum ibunya disembelih -
(Janin tersebut tidak harus dimakan kecuali ia sendiri disembelih dalam keadaan hidupnya yang pasti)

3. Janin yang dilahirkan dalam keadaan hidup setelah ibunya disembelih –
(Jika janin itu sempat disembelih maka harus dimakan, jika tidak sempat disembelih maka ia menjadi bangkai. Akan tetapi, ada pendapat mengatakan sembelihan ibunya menjadi sembelihan untuk anaknya juga)

4. Janin yang dilahirkan dalam keadaan mati setelah ibunya disembelih-
Berlaku sedikit perselisihan dikalangan para fuqaha’:-

• ABU HANIFAH - Janin itu tidak halal dimakan dengan sembelihan ibunya, kerana Allah mengharamkan bangkai dan janin adalah bangkai kerana tidak hidup. Ini kerana antara janin dan ibunya adalah hidup yang berasingan maka tidak dikira sembelih ibu jika sembelih janin.

• MALIKI – Harus makan jika janin sempurna kejadiannya dan telah tumbuh bulu.

• JUMHUR FUQAHA’ – Janin halal dimakan jika ia keluar dalam keadaan mati setelah ibunya disembelih ataupun mati dalam perut ibunya ataupun apabila keluar masih ada gerakan seperti pergerakan binatang yang telah disembelih. Ia berdasarkan hadith:

ذكاة الجنين ذكاة امه

Terjemahan: “Sembelihan janin ialah sembelihan yang telah dilakukan ke atas ibunya”.

 Terdapat satu lagi hadith iaitu:- Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abu Said al-Kaudri r.a katanya:
Kami bertanyakan Rasulullah s.a.w tentang janin, jawab Baginda: “Makanlah ia jika kamu mahu, sesungguhnya sembelihannya cukup dengan sembelihan ibunya”.

 Pendapat Jumhur lebih tepat kerana disabitkan melalui Sunnah dan Qias juga menunjukkan sembelihan janin adalah pada sembelihan ibunya kerana ia adalah sebahagian daripada ibunya.

1 comment:

  1. salam pada ayat ini,,,

    ( ..قال الله تعالى : ( الا ذكيتم )


    boleh berikan rujukan nama surah dan ayat keberapa bagi ayat ini berada..

    saya kira ada perkataan "ma" yang tertinggal.. boleh rujuk surah al-maidah ayat 3..

    bgthu kalau dh balas ok

    ReplyDelete