Wednesday, October 28, 2009

jGn sTreSs 2 TiMe Nk eXam Ni..


Salam semua...sedar tak sedar satu semestar lg hampir berlalu, dalam dua tiga minggu lg nk exam dh. Aduh berdebar-debar gak hati nie yela dh final kan mestila nk buat yg terbaik, tahun depan dh last semester. Umur pn dh meningkat..tanggal 27 oktober baru ni maka genap la usia aku 23 tahun..makin tua nmpaknya tp hati tetap muda hehe..

Stress gak la sebab byk mende nk pikir, pikir nk exam la, nk kawin la haha..walaupun xde calon lg tp, kene pikir gak kn. Yang buat hati ini makin stress bila member2 ramai dh kawin n ada anak. Pastu tiap2 kali jumpa or reunion mesti soklan cepumas tu dituju kt aku. Sebenarnya bukan aku yang kawin lambat tp korang yang kawin awal sgt haha..Sabarlah kawan2 ku sampai seru aku kawin la, parent aku lak xpernah tnya 2 pasal aku malas nk pikir sgt. Depa nk aku blaja dlu tau.

Sebut pasal stress ni aku nk bgtau korg 1 cara nk hilang kan stress. Salah satunya senaman la. Kepada siswa n siswi UM aku tau mesti ramai yg jarang bersenam termasuk la aku hehe..alasan paling logik sibuk la, penat la, kelas smpai ptg la macam2..xrugi kalau kite bersenam sebenarnya. Bersenam ni boleh hilangkan masalah, stress n boleh wat otak kite cergas takde la asyik duk terperap je kt bilik masing2.



Untuk pengetahuan korang, stress dikenal pasti punca kpd semua masalah dan kecelaruan psikologi.Ia menyebabkan kemurungan, kesedihan, kerunsingan dan beberapa masalah psikosomatik. Stress bukan sahaja memberi kesan kpd gaya hidup seharian malah mempengaruhi kesihatan individu. Stress atau tekanan, berasal drpd perkataan Greek ‘stringere’ bermaksud ‘ketat’ atau ‘tegang’.Ini yg aku belajar dulu la masa ambik pengantar psikolgi sem 3.

Lazimnya mereka yg menghadapi tekanan yg berpunca drpd emosi suka bersendirian, tidak suka bergaul, bosan dan tidak mengisi masa lapang dgn cara yg produktif. Punca tekanan dilihat drpd interaksi ahli keluarga. Ahli keluarga yang sering tidak berkomunikasi apabila menghadapi masalah sebaliknya menarik diri, memencil dan memendam perasaan akan menyebabkan stress. Selain itu,kekecewaan akan berlaku apabila motif yg diingini tidak dipenuhi @ dipuaskan.Kekecewaan yg berulang kali menyebabkan tekanan dalam hidup.

Kesan-Kesan terhadap Stress:-

1) FiSiOloGi-
-Tubuh akan terganggu apabila menghadapi banyak tekanan. Antara lain masalah fizikal spt ulser, tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Tubuh akan diserang penyakit psikosomatik spt sakit kepala, migrain, darah tinggi, alergi, jerawat dll.

2) PsiKoLoGi-
-Kesan fisiologi akan diikuti oleh kesan psikologi.Perubahan psikologi adalah emosi, keonosi dan motivasi.Tekanan mengganggu emosi , mereka gelisah, runsing dan muram. Kuarang selera makan, kurang tidur, jejas berat badan dan keinginan seksual
Motivasi merosot, lari dari tekanan dan timbul masalah lain.


So, kt sini ada Kaedah Praktikal utk menangani stress:-


1) Beribadat cara memberi ketenangan kpd pengamalnya.
Di samping memberi ketenangan kpd fizikal dan rohani individu.
Firman Allah:
“Wahai org yg beriman, mintalah pertolongan Allah dgn sabar dan solat” (Al Baqarah :153)

“Wahai Bilal, aku dpt merasa tenang dengan solat” (al Hadith)

2)Mengadaptasi diri dgn tekanan. Dengan cara :
>Memahami proses dan kesan tekanan
>Mengenal pasti punca tekanan
>Mengetahui bila tekanan berlaku
>Membentuk cara bersesuaian
>Melatih diri

3)Bersenam
-dgn melakukan latihan jasmani dan riadah ia dpt mengurangkan tekanan (bsenam cm dlm gmba tu hehe..)

3)Pendekatan kaunseling dan psikoterapi
-Klien difahamkan masalah yg menyebabkan tekanan dan diajar cara yg sesuai mengatasinya dgn teknik yg tertentu.
-Dgn ini masalah dikenal pasti supaya mereka dpt menyesuaikan diri dgn pelbagai kedaan yang menyebabkan tekanan.

4)Menggunakan ubatan
-Penggunaan penenang spt phenothiazine dan benzodiazepine memberi ketenangan utk sementara waktu.
-Penggunaan bahan ini bagi menghadapi tekanan yang teruk. Penggunaan bahan ini tidak digalakan krn wujud kesan sampingan.

So, guna je cara yg semulajadi xyah guna ubat2 ni kecuali la kalau dh teruk sgt..
oK laa..sampai sini saja Catatan Hati Seorg Siswi pd kali ini jumpa lg ya babai!!!

p/s: gmba kt atas ni aku n mazura (housemateku) kt Taman Jaya

Tuesday, October 13, 2009

Faktor- Faktor Hedonisme....


Gejala hedonisme ini bukan sahaja telah meresap di dalam jiwa golongan remaja bermula pada era globalisasi bahkan, sejarah telah membuktikan bahawa gejala hedonisme telah mula menjadi penyakit dalam masyarakat sejak dulu lagi. Ini dibuktikan dengan sejarah keruntuhan Kerajaan Abbasiyah, Uthmaniyah dan Kesultanan Melaka di mana pemerintahan dan rakyat lena dibuai kemakmuran negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh.

Hedonisme yang semakin hari menjadi nanah dalam jiwa golongan remaja ini timbul berikutan sikap remaja itu sendiri yang sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan dalam hidup dan menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup remaja pada masa kini . Bagi mereka hidup dalam usia muda hanya sekali. Oleh sebab itu, mereka tidak mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan sepenuhnya agar segala aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan.

Jelas sekali, remaja yang berpengang dengan prinsip sebegini tidak mempunyai aspirasi dan perancangan dalam hidup. Di samping itu, mereka tidak mengambil berat tentang erti buang masa dan mengisi masa mereka dengan berhibur sepanjang masa. Selain membuang masa, mereka juga mengikut cara Barat seratus peratus seperti pakaian, tingkah laku dan kegiatan yang mereka lakukan.

Konflik diri yang melanda diri dan jiwa golongan remaja juga menjadi punca berlakunya hedonisme. Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.

Kehidupan yang terkongkong serta tidak bebas juga memberi tekanan kepada remaja seterusnya menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dari rumah bagi memenuhi tuntutan jiwa yang banyak masalah . Remaja yang tidak mempunyai tempat pergantungan yang kukuh juga menjadi alasan bagi mereka untuk mencari ketenangan di luar bersama rakan-rakan yang pastinya menjanjikan seribu keseronokan dan kepuasan kepada mereka.

Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga memberi peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar berpeleseran dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistic semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak dapat perhatian dan kasih sayang. Malah, lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari ketenangan serta keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama.



HEDONISME !!!



Masyarakat hari ini khasnya golongan remaja terlalu mengagung-agungkan budaya Barat berbanding budaya ketimuran kita sendiri. Mereka beranggapan budaya Barat tersebut mempunyai kepentingannya yang tersendiri bagi diri mereka sehingga sanggup mengenepikan norma-norma dan etika dalam masyarakat Melayu. Jika dilihat secara kasarnya, golongan remaja ini semakin mementingkan hiburan dan kepuasan diri sehingga sanggup membelakangkan tanggungjawab utama dalam kehidupan. Fenomena yang dikenali sebagai hedonisme ini dilihat semakin kritikal dari sehari ke sehari, memerlukan pendekatan yang menyeluruh dari semua pihak agar gejala ini tidak terus merebak dan menjadi barah dalam diri remaja.

Hedonisme berasal daripada istilah Greek ‘Hedone’ iaitu pleasure (keseronokan atau kelazatan) atau happiness (kegembiraan) ialah kebaikan . Ia merupakan satu budaya yang lahir daripada asas sekularisme yang menolak domanisasi fahaman agama dalam kehidupan manusia dan ia juga merupakan neokolisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat seperti melepak, mengunjungi pesta hiburan, seks bebas dan sebagainya.

Bagi kefahaman yang lebih jelas, hedonism disifatkan sebagai satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila serta mementingkan kepuasan nafsu semata-mata . Drs . Sudarno di dalam bukunya menyifatkan hedonisme sebagai satu doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang ialah mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan . Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah yang mendatangkan kelazatan atau rasa nikmat .

Dari sudut perspektif Islam, Al-Quran mengaitkan hedonisme dengan kehidupan mementingkan keduniaan dan hawa nafsu sehingga lupa kepada perintah Allah . Mereka lazimnya bercirikan keras hati, sombong, melakukan maksiat, zalim dan kuat berangan . Oleh sebab itulah, Islam menolak keras hedonisme kerana sudah terbukti ia amat bertentangan dengan prinsip-prinsip syariah Islam. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan kami, dan merasa puas dengan kehidupan itu dan melalaikan ayat kami. Mereka itu tempatnya ialah neraka. Disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan” .


Monday, October 12, 2009

HUKUM MEMBACA BISMILLAH ( SEMBELIHAN)



1. JUMHUR ULAMA’:- Wajib, tidak halal dimakan tanpa Basmalah berdasarkan Surah al-An’aam ayat 121:-
(.. قال الله تعالى : (ولا تأكلوا مما لم يذكر اسم الله عليه وانه لفسقۗ

Terjemahan: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya”.


2. IMAM SYAFI’E :- Sunat, makhruh jika tidak baca Basmalah. Ini berdasarkan ayat:-

( ..قال الله تعالى : ( الا ذكيتم )

Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT mengharuskan sembelihan tanpa mensyaratkan “bismillah”

Pendapat kedua lebih tepat kerana walaupun terdapat suruhan daripada Rasulullah s.a.w untuk mengucapkan Basmalah sebelum penyembelihan namun, suruhan tersebut sebenarnya bersifat arahan untuk mendidik umat Islam agar keluar dari kepompong ajaran Jahiliyah.


KESAN SEMBELIHAN IBU TERHADAP JANIN

Janin binatang sembelihan mempunyai empat keadaan:-
1. Janin yang dilahirkan dalam keadaan mati sebelum ibunya di sembelih -
(Ijmak ulama’ berpendapat tidak harus dimakan)

2. Janin yang dilahirkan dalam keadaan hidup sebelum ibunya disembelih -
(Janin tersebut tidak harus dimakan kecuali ia sendiri disembelih dalam keadaan hidupnya yang pasti)

3. Janin yang dilahirkan dalam keadaan hidup setelah ibunya disembelih –
(Jika janin itu sempat disembelih maka harus dimakan, jika tidak sempat disembelih maka ia menjadi bangkai. Akan tetapi, ada pendapat mengatakan sembelihan ibunya menjadi sembelihan untuk anaknya juga)

4. Janin yang dilahirkan dalam keadaan mati setelah ibunya disembelih-
Berlaku sedikit perselisihan dikalangan para fuqaha’:-

• ABU HANIFAH - Janin itu tidak halal dimakan dengan sembelihan ibunya, kerana Allah mengharamkan bangkai dan janin adalah bangkai kerana tidak hidup. Ini kerana antara janin dan ibunya adalah hidup yang berasingan maka tidak dikira sembelih ibu jika sembelih janin.

• MALIKI – Harus makan jika janin sempurna kejadiannya dan telah tumbuh bulu.

• JUMHUR FUQAHA’ – Janin halal dimakan jika ia keluar dalam keadaan mati setelah ibunya disembelih ataupun mati dalam perut ibunya ataupun apabila keluar masih ada gerakan seperti pergerakan binatang yang telah disembelih. Ia berdasarkan hadith:

ذكاة الجنين ذكاة امه

Terjemahan: “Sembelihan janin ialah sembelihan yang telah dilakukan ke atas ibunya”.

 Terdapat satu lagi hadith iaitu:- Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abu Said al-Kaudri r.a katanya:
Kami bertanyakan Rasulullah s.a.w tentang janin, jawab Baginda: “Makanlah ia jika kamu mahu, sesungguhnya sembelihannya cukup dengan sembelihan ibunya”.

 Pendapat Jumhur lebih tepat kerana disabitkan melalui Sunnah dan Qias juga menunjukkan sembelihan janin adalah pada sembelihan ibunya kerana ia adalah sebahagian daripada ibunya.