Wednesday, August 25, 2010

Muhasabah Cinta..



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Saturday, August 14, 2010

Saat Skrool Di Tanganku...




Sedar xsedar dh seminggu aku konvo.. sekejap je masa berlalu, saat naik ke pentas 2 dirasakan terlalu cepat, walaupun seminggu sebelum itu aku berdebar2 memikir bagaimana cara untuk naik ke pentas dgn baik. Macam2 la dipikirkan takut terpelecok la, terjatuh la, terpijak kain la huhu..tp akhirnya alhamdulillah la bile sampai di atas stage 2 semuanya berjalan lancar. Tapi, ada 1 kesilapan aku lakukan mase ambik skrool dr TNC, mungkin dek kerana terlalu 'nervous' aku telah tersilap mengambil skrool. sepatutnya sewaktu diberikan skrool oleh TNC aku kena sambut/pegang dgn kedudukan tangan di bawah, namun apa yg berlaku tanpa aku sedari aku mengambil skrool dgn tangan di atas, seolah-olah seperti nak memegang handle motor huhu..aku xtau la TNC perasan ke tak adoiiyaii...haha..

Turun dr pentas aku wat muka selamba je dgn senyuman smpai ke telinga hehe..buat2 xde apa berlaku.. buat2 x bersalah.. dulu mase sekolah2 pn aku selalu wat muka cmni kalau buat salah hehe..s
elepas keluar dr dewan ada sorang kwn tegur.. "cuya tadi abe joe tanya bakpo mu amik skrool gitu?" haha.. diorg semua gelak kn aku.. xpatut betul.. berita skrool aku telah tersebar smpai ke pengetahuan ustazah Raudhah (lecturer aku).. malu gile ustazah pn tau... xpe nnt kalu ada kesempatan lg time master nnt aku akan buat yg lebih baik huhu..kali ni insyaAllah xkn salah dah amik skrool.. ✿ (◕‿◕)✿

p/s : nasib baik dlm gmbar x nampak tangan, dua hari aku xtido lena memikirkan gambar ni huhu...kalau nmpak tgn aku x mau gantung kt dinding huhu..

Wednesday, August 4, 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - ان شاء الله