Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
PELAJAR : "Cikgu, macam mana kita nk pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
CIKGU : "ok kamu ikut apa yg saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lg walau sekali. Dah petik rumput yg PALING cantik bawa ke kelas".
PELAJAR : "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yg paling cantik. Memang ada banyak cantik tp cikgu kata petik yg paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lg. Tp sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yg paling cantik. Mungkin ada di antara yg di belakang td rumput yg paling cantik tp dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg saya boleh petik".
CIKGU : "Ya, itulah jawapannnya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yg kita sayang. Janganlah kita mencari lg yg lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yg berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lg kerana yg berlaku tetap dah berlaku. Semoga yg berlalu tidak berulang lg. Dan ingatlah orang yg paling kita sayang itulah yg paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan banyak lg yg cantik dan baik seperti rumput itu tadi....
nak minta kebenaran nak share kat belog ..hehe..tq
ReplyDelete